Saya tidak dapat melupakan pengalaman saya pada hari pertama saya di Sekolah Rendah Zhenghua. Pada hari itu, saya berasa sungguh takut dan gementar. Apabila saya hendak ke tandas, saya tidak tahu di mana harus saya tuju. Walaubagaimanapun, guru-guru di sekolah itu sungguh baik hati dan telah membantu saya sehingga saya tahu semua kawasan yang tertentu di sekolah itu. Saya juga khuatir bahawa saya tidak boleh menyesuaikan diri bersama kawan-kawan yang baru. Namun, semuanya berubah apabila seorang budak lelaki berbangsa Cina menghampiri saya lalu berkata yang dia ingin menjadi sahabat saya.
Setelah seminggu berlalu, akhirnya, saya dapat mengatasi perasaan takut apabila saya memperolehi ramai kawan dan saya berasa ghairah apabila dapat pergi ke sekolah.